Semalam seorang sahabat mengirim sms kepada saya bertanyakan pasal solat istikharah. Dan malangnya masa tu saya sudah tido bermimpikan bintang yang jauh di atas sana untuk di capai.. heeee.. Maaf ya. Berbalik kepada persoalan asal.
Bismillahirrahmanirrahim...
Solat istikharah di lakukan bukan hanya untuk mendapatkan petunjuk untuk melihat jodoh. Malah, fungsinya lebih dari itu. Dan jika dilihat ianya sebagai salah satu jalan iaitu pengantara untuk kita berhubung dengan pencipta kita bagi mengetahui sesuatu. Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalm keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Dan untuk itu kita disarankan untuk mengerjakan solat istikharah bagi memohon petunjuk daripada Allah.
Tapi jika solat itu tidak berhasil memberikan petunjuk jangan pula kita menyalahkan solat tersebut. Sering juga saya dengar orang mengeluh kononnya sudah berkali-kali malakukan solat istikharah namun masih belum menampakkan hasil. Jika kita menyalahkan solat tersebut, ini sama juga kita menyalahkan Allah (nauzubillah) kerana sesungguhnya solat itu hanya sebagai pengantara kita denganNya. Untuk kes sebegini, eloklah jika kita muhasabah diri, mencari mungkin masih ada yang belum mencukupi, mungkin juga Allah ingin menguji, mugkin juga Allah inginkan yang terbaik untuk kita.
Dan jika apa diharapkan berlaku sebaliknya kita juga perlu bersedia dan redha dengan ketentuannya. Jika Allah berkehendak untuk melakukan sesuatu, kun faya kun, maka jadilah ia.
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”