Kereta Kebal ISRAEL mara jauh ke Gaza
DOKTOR bertungkus-lumus menyelamatkan budak tiga tahun yang cedera teruk akibat serangan Israel, sebelum disahkan meninggal beberapa minit kemudian. |
Tembakan, asap hitam di kawasan penduduk
BANDARAYA GAZA: Kereta kebal Israel mara ke kawasan jauh lebih dalam di bandar Gaza awal pagi semalam dan merempuh ke beberapa kawasan penempatan di ibu negara wilayah Palestin ini.
Dentuman tembakan membelah langit bagaikan guruh kuat dan asap hitam tebal terapung di udara di kawasan kependudukan Tal al-Hawa, Zeitun dan Shujaiyeh di bandaraya Gaza, kata saksi.
Pertempuran berlaku di bandar utara Jabaliya dan tentera darat yang dibantu berpuluh-puluh kereta kebal berarak masuk sekurang-kurangnya satu kilometer ke bandar selatan Khan Yunis.
Bunyi tembakan kereta kebal, serangan udara dan senjata automatik bercampur baur dengan keadaan riuh rendah di kawasan berkenaan dalam pertempuran yang berlaku kira-kira 300 meter dari hospital.
Pejuang bersenjata Hamas berpakaian seragam biru dan hitam, seorang daripada mereka membawa bendera hijau pergerakannya, berlari di jalan raya 100 meter dari hospital, sambil melepaskan tembakan daripada raifal Kalashnikov.
"Saya membawa anak saya ke hospital kerana mereka terlalu takut di rumah, tapi di sini mereka bertambah takut," kata Hossein, 40, yang melarikan diri ke hospital bersama isteri dan lima anaknya sebaik saja kereta kebal mulai masuk selepas Subuh.
"Rumah jiran kami musnah sama sekali dalam pertempuran itu, menyebabkan kami terpaksa menyelamatkan diri," katanya. � AFP
Kita masih mampu untuk menghulurkan bantuan walaupun bukan secara zahiriah. Batiniah kita dapat melakukannya. Semuanya bergantung kepada keinginan dan keprihatinan kita ke atas saudara kita sendiri. Mereka disana sudah pasti syahid jika niat mereka betul. Kita kat sini macam mana. Jihad fi sabilillah.
Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. Pada akhir zaman ini akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan dan lagi dan lagi. Benar kan???
No comments:
Post a Comment
Thanks for visit.. Plz come again.. hihi