Assalamualaikum w.m.t
Kekejaman bangsa yahudi (Israel) kepada umat Islam Palestin hanya boleh di selesaikan dengan menggunakan senjata paling canggih di dunia, dimana senjata ini ada pada umat Islam. Senjata yang paling ampuh adalah doa kepada Allah s.w.t. Doa ini mempunyai kaedah tertentu untuk dipatuhi memudahkan ianya di kabulkan oleh Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Oleh itu di sini saya menyarankan agar seluruh umat Islam di seluruh dunia sama-sama melaksanakan doa ini, insya Allah dengan kesatuan hati dan tekat seluruh umat Islam,penderitaan rakyat Palestin dapat dihentikan / dikurangkan dan pengajaran yang sungguh dahsyat akan diterima oleh bangsa Israel yang kejam dan bertindak diluar batas kemanusiaan. Usaha-usaha murni lain yang sedang berjalan perlu diteruskan seperti pungutan Derma kilat, solat hajat, usaha diplomatik oleh pihak kerajaan dan NGO dan sebagainya.
Saranan saya dibawah ini adalah merupakan bacaan Surah YASIN dan DOA kepada Allah s.w.t. yang Maha Rahman dan Maha Rahim.
Cara-caranya adalah seperti dibawah ini:
1. Membaca surah Yasin (Sekali, 3X atau 7X )setiap hari sebaiknya selepas Solat fardhu, ketika sampai ke ayat perkataan 'MUBIN' ( dimana terdapat 7 MUBIN pada surah YASIN iaitu pada penghujung ayat yang ke 12, 17, 24, 47, 60, 69 dan 77) berhenti membaca dan letakkan jari telunjuk anda pada ayat MUBIN tersebut sambil berdoa " YA ALLAH MATIKANLAH RAKYAT ISRAEL SERAMAI RAKYAT PALESTIN YANG TERKORBAN, CEDERAKAN LAH RAKYAT ISRAEL SERAMAI RAKYAT PALESTIN YANG TERCEDERA DAN TIMPAKANLAH PENDERITAAN KEPADA RAKYAT ISRAEL SEBAGAIMANA PENDERITAAN YANG DIRASAI OLEH RAKYAT PALESTIN" ( Ketika doa ini dibaca kusyu'kan fikiran anda dan bayangkan wajah-wajah bangsa Yahudi yang zalim yang akan menerima pembalasan dari Allah s.w.t.. doa untuk ini tidak boleh melebihi batasan).
2. Pada setiap malam jumaat selama 3 minggu berturut-turut ( iaitu pada 22 Jan, 29 Jan dan 5 Feb. 2009) seluruh umat Islam di syorkan membaca surah YASIN di masjid secara berjemaah selepas solat Maghrib dan bacaan dipimpin oleh Imam masjid berkenaan. ( Bacaan mestilah di ulangi sebanyak 7X dan cara bacaan dan doa seperti di atas.)
Beberapa perkara di bawah ini perlu di ambil perhatian kepada seluruh umat Islam yang ingin berdoa menggunakan kaedah ini agar doa kita dengan mudah diperkenankan oleh Allah s.w.t.
1. Tinggalkan semua aktiviti-aktiviti maksiat.
2. Kerjakan solat Fardhu Lima waktu tepat pada masanya dan berjemaah.
3. Perbanyakkan ucapan Istighfar, doa Nabi Yunus dalam perut ikan (300 x)
4. Perbanyakkan solat sunat, doa dan zikir, puasa sunat serta perbanyakkan membaca kitab suci Al-qur'an.
5. Perbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan.
6. Taatilah kedua orang tua dan berdoalah untuk keselamatan mereka di alam kubur jika mereka telah meninggal dunia.
7. Kita hendaklah menanamkan keyakinan yang tebal dalam diri kita, sesungguhnya Allah s.w.t. memperkenankan doa kita.
Saya mengajak dan merayu kepada umat Islam seluruh dunia, marilah kita sama-sama menggunakan senjata paling canggih ini untuk memberi peringatan kepada musuh-musuh Islam khususnya bangsa Yahudi (Israel) ini.
Semoga usaha kita yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan penderitaan rakyat Palestin mendapat Tawfiq da Hidayah Allah s.w.t. dan semoga hidap dan mati kita dalam keadaan mentaati perintahNya. Amin Ya robbil 'Alamin.
Wednesday, January 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks for visit.. Plz come again.. hihi